nuffnang ads

Sunday, January 23, 2011

APA YANG DICARI OLEH SEORANG ISTERI: LARI IKUT TEMAN LELAKI KE JOHOR

Pulanglah Noriza...Samsri menunjukkan laporan polis dan gambar isteri serta anaknya yang melarikan diri mengikut teman lelaki

APA lagi yang dicari oleh seorang isteri, apabila tergamak melarikan diri mengikut teman lelaki bersama anak berusia 16 tahun ke Johor, meninggalkan suami terpaksa menjaga dua anak lain yang masih kecil.

Demikian nasib Samsri Mat Arob, 41, di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, apabila ditinggalkan isterinya, Noriza Said, 40, sejak 28 Disember lalu.

Menurut Samsri, kini dia terpaksa menjaga dua anak berusia tujuh dan 12 tahun, selain terpaksa memelihara bapa mentua yang sakit dan uzur serta seorang kakak ipar yang mengalami sakit mental.

Noriza dipercayai melarikan diri bersama anaknya itu mengikut teman lelakinya menerusi pintu belakang rumah membawa beg besar, selepas memperdaya suaminya itu konon untk mengikut rombongan yang dianjurkan majikan.

Kini selepas ratusan panggilan telefon dan SMS dihantar, isterinya itu masih gagal dipujuk, seolah-olah terlalu bahagia bersama teman lelakinya.

Noriza dan anaknya dipercayai berada di Pontian, selepas seorang wartawan menyamar untuk bercakap dengannya semalam. Dalam perbualan singkat itu, Noriza memberitahu dia dan anaknya bekerja di sebuah kedai makan.

Semoga Norizan sedar bahawa ketaatan seorang isteri adalah kepada suami sendiri. Pulanglah!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10