POLIS Melaka menahan seorang remaja 16 tahun berkait kes kematian 3 remaja mati ditikam di Jalan Kampung Solok, Pengkalan Balak, Melaka, semalam.
Remaja terbabit kini direman seminggu bagi membantu siasatan. Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye, mengesahkannya.
Tiga remaja mati dalam kejadian dipercayai ada kaitan dengan pergaduhan. Mereka Lan Ee Shan, 20, Chong Sang Keong, 17, dan Tai Chi Yong, 18, mati dipercayai ditikam.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Abu Seman Yusop yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, melawat keluarga mangsa.