nuffnang ads

Sunday, January 23, 2011

300 MOTOSIKAL TERBABIT LUMBA HARAM DIKEPUNG DI DATARAN SHAH ALAM


MALAM minggu menjadi kegilaan mereka untuk berlumba. Namun, malam tadi 300 penunggang motosikal yang berlonggok di Dataran Shah Alam ketika mahu mengadakan perlumbaan haram, lintang-pukang apabila menyedari kehadiran polis.

Bagaimanapun, usaha mereka sia-sia kerana kesemua jalan keluar dan masuk ke dataran itu telah dikepung Pasukan Operasi Khas Bukit Aman yang diketuai oleh ASP Khuzair Abdul Majid.

Hasilnya 120 saman dikeluarkan, manakala 30 penunggang dikesan menunggang motosikal tanpa lesen, termasuk empat daripadanya pelajar sekolah.

Turut ditahan malam tadi adalah penunggang motosikal dari golongan remaja wanita yang memeram diri bersama kumpulan remaja lelaki. Mereka yang ditahan diarah menyorong motosikal ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Shah Alam di Seksyen 11.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10