nuffnang ads

Monday, January 10, 2011

AKHIRNYA ENGKAU MENGERTI JUGA KENAPA RAKYAT KADANG-KALA BERSUARA!

SEORANG jurugambar Bernama membuat laporan polis mendakwa dikasari dan digari oleh sekumpulan anggota polis bantuan berhampiran Integrated Transportation Terminal  di bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur semalam.

Hairul Nizam Baharin, 37, berkata dia ditahan sekumpulan anggota polis bantuan selepas mengambil gambar berdekatan terminal itu jam 11.30 pagi.

"Saya dalam perjalanan keluar dari kawasan itu menaiki motosikal apabila sekumpulan lelaki memakai seragam polis bantuan mengarahkan saya berhenti. Saya enggan sebab saya tidak pasti tujuan mereka.

"Bagaimanapun, mereka menghalang motosikal saya dan merampas kuncinya," beritahu Hairul Nizam selepas membuat laporan di Jalan Tun Razak.

Katanya, salah seorang daripada mereka meminta kad pengenalannya, tetapi dia tetap enggan.

"Kemudian salah seorang anggota polis bantuan berpangkat sarjan memegang saya dan bila saya kata, dia tidak boleh berbuat begitu, dia menumbuk saya," katanya.

Hairul Nizam kata polis berkenaan juga memukul kepalanya menggunakan topi keledar. Dia kemudian digari dan dibawa ke balai polis berdekatan, tetapi pegawai polis bertugas segera mengarahkan dia dibebaskan.

Demikian Hairul! Kadang-kadang mereka tidak tahu di mana boleh dan di mana tidak boleh. Kadang-kadang mereka ingat wartawan atau jurugambar ini tidak mempunyai kuasa!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10