nuffnang ads

Monday, January 10, 2011

ZAINAB GUNA PAKAR KUNG FU HALAU JIN YANG BAKAR PAKAIAN DI RUMAHNYA

Ong sedang mengesan kehadiran jin di rumah Zainab. Kena kung fu jugak jin ni kang!
SEORANG pakar kung fu, Ong Q Leng, 36 atau lebih dikenali Master Ong di Pulau Pinang, menawarkan khidmatnya membantu menghalau jin yang sering mengganggu rumah seorang janda, Zainab Sulaiman di Kampung Penambang Emas, di Kota Bharu kelmarin.

Ong menawarkan khidmatnya selepas simpati melihat Zainab berdepan gangguan jin yang sering membakar pakaian dan peralatan di rumah Zainab sejak beberapa bulan lalu.

Dia menggunakan kaedah pergerakan kung fu untuk mengusir jin yang dikatakannya berleluasa di rumah itu yag dipercayai dilakukan secara sihir oleh orang tertentu.

"Saya dapat merasai kehadiran jin di rumah ini sebaik sahaja masuk ke dalamnya. Banyak jin kecil berkeliaran di dalam dan di bawah rumah, manakala jin besar atau bapak jin menunggu di luar rumah memerhatikan sahaja," katanya.

Menurut Ong, dia yakin mengusir jin yang mengganggu itu, tetapi percaya mereka akan datang semula selepas diusir kerana jin di situ memang tidak makan saman.

Sehingga kini lebih 250 kebakaran kecil membabitkan pakaian, sejadah dan tilam berlaku di dalam rumah Zainab, terutama sejak dua minggu lalu.

Rabu lalu, sepasukan pengamal perubatan Islam turut mengadakan perawatan di rumah itu termasuk mengadakan upacara membaca ayat-ayat suci, bagaimanapun selepas sehari kata Zainab, sekurang-kurangnya 46 pakaiannya terbakar.

Dia percaya jin berkenaan marah dengan kehadiran pengamal perubatan yang cuba mengusir jin terbabit dari rumah itu.

Bagaimanapun, katanya dia amat bersyukur di atas segala bantuan yang diberikan dan tidak menolak sebarang bantuan yang boleh membantu mengembalikan hidupnya ceria selepas sentiasa diganggu jin berkenaan setiap hari.

Nampaknya, jin berkenaan nak kena kung fu juga ni!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10