nuffnang ads

Monday, January 10, 2011

ALAH, ABANG NAK TAKUT APA: KITA KAN PENGUATKUASA, SAPA NAK TANGKAP KITA!

SEPASANG kekasih, masng-masing bertugas sebagai penguatkuasa di sebuah agensi kerajaan yang sama ditahan di sebuah rumah sewa di Taman Mahsuri, Bandar DarulAman, Jitra, pagi kelmarin kerana berkhalwat.

Mereka ditahan sepasukan jemaah masjid berdekatan selepas mendapat maklumat orang ramai. Kedua-duanya berusia 25 dan 26 tahun. Pasangan lelaki bekerja di cawangan Kulim manakala wanita bekerja di cawangan Kubang Pasu.

Kejadian berlaku jam 11 pagi. Pasangan lelaki dilihat memasuki rumah sewa pasangan wanitanya, ketika semua teman serumah wanita itu pulang ke kampung kerana bercuti. Pasangan wanita berkenaan dikatakan tidak pulang kerana mencari peluang untuk bersedap-sedapan dengan teman lelakinya.

Ketika diserbu, pasangan lelaki bersembunyi di dalam bilik air dalam keadaan ketakutan dan terpaksa diarah beberapa kali untuk keluar supaya menyerah diri.

Mereka kemudian ditahan untuk siasatan bagi kes berkhalwat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10