nuffnang ads

Thursday, January 20, 2011

3 KERETA TERBAKAR, DISYAKI SABOTAJ KETIKA SAMBUTAN THAIPUSAM DI PULAU PINANG

TIGA kereta yang diletakkan di dalam kawasan perhimpunan sempena Thaipusam di Kebun Bunga, Pulau Pinang musnah terbakar dalam satu kejadian yang mengejutkan ribuan orang ramai yang sedang meraikan perayaan itu hari ini.

Dipercayai kejadian itu ada unsur sabotaj kerana siasatan awal bomba mendapati ia bermula daripada bahagian bawah salah sebuah kereta terbabit yang diletakkan berdekatan.

Ketua Bomba Balai Bagan Jermal, Hashim Ismail, berkata pihaknya segera menghantar anggota untuk memadamkan kebakaran, tetapi tersekat dalam kesesakan lalu lintas akibat sambutan perayaan itu.

Menurutnya, ketika bomba tiba, kesemua kereta terbabit telah musnah dijilat api. Kerugian dianggarkan sebanyak RM150,000.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10