KALAU pergi ke Batu Caves biarlah untuk sambut Thaipusam. Ini tidak. Sekumpulan anggota mendakwa ahli Parti Hak Asasi, mengambil kesempatan itu untuk berdemonstrasi berhubung penggunaan novel INTERLOK sebagai teks peljar sekolah menengah.
Mereka dipercayai sengaja berdemontasi di situ kerana menyedari Perdana Menteri akan tiba di kuil berkenaan untuk bersama penganut agama Hindu.
Akibatnya, sembilan orang ditahan polis. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, mengesahkan penahanan mereka kerana terbabit menghalang tugas polis.
Satu pergelutan dilaporkan berlaku apabila penunjuk perasaan dipercayai cuba merempuh sekatan polis yang diadakan di luar pintu masuk kuil berkenaan.
Setiausaha Agung parti itu, P Uthayakumar, pual mendakwa beberapa ahli parti itu cedera dalam pergelutan. Namun itu susah untuk disahkan.