nuffnang ads

Thursday, January 20, 2011

20 PEJUANG PEMISAH SERANG KEM TENTERA DI NARRATIWAT. 5 TENTERA MAUT, 6 PARAH

Tentera memeriksa kawasan kem yang diserang pejuang malam tadi-pix:reuters
Maut...antara tentera yang maut di Narratiwat malam tadi-reuters

KIRA-KIRA 20 orang dipercayai pejuang pemisah Thailand, menyerbu dan menyerang sebuah kem tentera di Ra-nage, Narratiwat malam tadi, membunuh 5 tentera dan enam yang lain parah dalam satu serbuan mengambil masa hanya lima minit.

Serbuan ini adalah siri ulangan pertempuran pejuang pemisah dengan tentera kerajaan, berlaku hanya selepas dua hari lawatan Perdana Menteri negara itu ke wilayah selatan yang sering bergolak.

Pejuang turut melarikan 50 senjata pelbagai jenis, termasuk beberapa unit raifel M-16, mesingan Uzi, mesingan M60 dan senjata ringan lain, termasuk pistol. Sejurus melarikan diri, kumpulan pejuang terbabit menabur paku dan menebang beberapa pokok sebagai halangan bagi pihak berkuasa dalam gerakan memburu.

Pondok kawalan kem terbabit turut musnah dibakar. Kini tentera Thailand dilaporkan sedang menjalankan gerakan memburu, tetapi seperti biasa kehadiran mereka ke wilayah selatan itu bakal berdepan kemungkinan lebih banyak kehilangan nyawa.

Berikut siri serangan pemisah kerajaan sejak 2007 yang telah membunuh ramai tentera Thailand di beberapa kawasan di wilayah selatan negara itu:

9 Mei 2007- 7 tentera mati diserang hendap di Narratiwat
31 Mei 20017-11 para tentera terbunuh di Yala
15 Jun 2007 - 25 tentera terbunuh di Yala dalam tiga serbuan serentak
14 Januari 2008 - 8 tentera terbunuh dalam serangan hendap dan bom tepi jalan di Narratiwat
1 Julai 2010- 5 tenhtera terbunuh terkena bom yang dipasang di tepi jalan di Narratiwat
19 Januari 2011- 5 tentera terbunuh apabila kem tentera di Narratiwat diserang pejuang pemisah

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10