Lori pasir dipandu macam pelesit-BH |
Perlumbaan lori itu yang dijalankan mulai jam 5 pagi sehingga 7 petang, bagaimanapun kebelakangan ini membangkitkan kemarahan lebih 2,000 penduduk berdekatan.
Mereka mahu pihak berkuasa bertindak segera kerana bimbang kelajuan lori yang berlumba ketika mengangkut pasir akan mengancam keselamatan penduduk, terutama di kalangan pengguna kenderaan kecil dan golongan pelajar.
Salah seorang penduduk, Shamsudin Kadir, 43, dipetik memberitahu Berita Harian, meminta pihak berkuasa bertindak segera dan mencari jalan untuk mengatasi masalah itu daripada berterusan mengancam keselamatan penduduk.
"Pemandu lori mengangkut pasir di Bukit Senggeh misalnya semakin bermaharajalela," katanya yang mendakwa ia telah lama berlaku.