nuffnang ads

Saturday, January 1, 2011

22 PEMAIN BOLA SEPAK NEGARA AKAN TERIMA RM200,000

SEBAHAGIAN daripada imbuhan sebagai menghargai jasa dan perjuangan 22 pemain bola sepak negara menjuarai piala Suzuki AFF bernilai kira-kira RM200,00 akan diserahkan bila-bila masa sahaja.

Sumbangan itu datangnya daripada Kementerian Belia dan Sukan bernilai RM5,000 setiap seorang dan RM90,000 daripada dana dikumpul Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) hasil sumbangan beberapa syarikat.

Bagaimanapun, difahamkan, jumlah yang bakal diterima pemain pasti meningkat apabila banyak pihak akan berterusan memberi sumbangan sebagai menghargai kejayaan mereka meletakkan nama Malaysia sebagai salah sebuah negara pemenang pertandingan itu.

Tahniah. Anggaplah semua sumbangan sebagai rezeki dan bukan syarat untuk berjuang pada masa depan. InsyaAllah akan datang lagi selepas ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10