nuffnang ads

Saturday, January 1, 2011

TERKINI BANJIR KELANTAN/TERENGGANU: JUMLAH DIPINDAH KIAN MENINGKAT

PARAS air di Sungai Golok dilaporkan telah melepasi paras bahaya 9 meter apabila petang ini bacaannya meningkat kepada 10.2 meter, sekoran hujan turun tanpa henti sejak kelmarin.

Kini di Rantau Panjang, seramai 280 orang telah dipindahkan setakat jam 2 petang tadi. Kawasan paling teruk terjejas ialah di Kampung Rantau Panjang Lama.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir IPK Kelantan, memberitahu air Sungai Golok dijangka terus melimpah dan angka mangsa pemindahan juga dijangka meningka.

Di Terengganu, angka pemindahan mangsa banjir naik kepada 69 orang petang ini berbanding 53 pagi tadi. Kampung teruk terjejas ialah Kampung Cacar, di Paka. Semua mangsa dipindahkan ke Dewan Serbaguna Kampung Cacar.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10