nuffnang ads

Saturday, January 1, 2011

PELANTIKAN MOHD KHUSRIN SEBAGAI SUK PASTI BERLARUTAN KE MAHKAMAH

TIDAK pastilah kalau ada SUK sebelum ini mengangkat sumpah di depan Sultan negeri untuk memulakan tugasnya, kecuali difahamkan tidak ada. Semua SUK sebelum ini mengangkat sumpah menyimpan rahsia di depan Menteri Besar.

Menteri Besar adalah pemimpin pentadbiran negeri nombor satu dan SUK pula pemimpin nombor dua yang akan melaporkan diri kepada menteri besar.
  
Bagaimanapun, banyak pihak melihat ada peliknya apabila Mohd Khusrin, anak jati Jalan Kebun akan mengangkat sumpah di depan sultan. Tidak tahulah pula keadaan dan kelaziman sudah berubah. Sudah tukarkah?

Dan semua ini akhirnya tentu akan menjadi satu lagi kontroversi pentadbiran yang diterajui kerajaan Pakatan di Selangor kerana wujudnya satu kelainan yang pelik dan aneh.

Ingat! Rakyat melihat dan menimbang!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10