nuffnang ads

Sunday, December 12, 2010

WIKILEAKS TALI BARUT ISRAEL: PERANG SARAF TERBARU DIRANCANG LEKAKAN DUNIA UNTUK SERANG IRAN?!?!

BENARKAH Julian Assange boleh dianggap hero? Bagaimanakah dia memperolehi terlalu banyak maklumat diplomatik? Ini adalah sebahagian pertanyaan menarik yang mungkin tidak terfikir oleh sesetengah warga dunia hari ini. 

Warga dunia diingatkan agar tidak terpedaya dan mudah untuk cepat percaya. Ketika semakin banyak pihak mempercayai Julian Assange sebagai antara yang berani mendedahkan maklumat dunia dan dia mulai dianggap perintis memecahkan tembok dunia yang menyimpan maklumat penting untuk keuntungan pihak tertentu, jangan dilupakan dia juga adalah antara sahabat baik kepada wakil Israel dalam perang saraf untuk menakluk dunia!

Tehran mendedahkan Julian pernah mengadakan beberapa kali pertemuan dengan wakil Israel sebelum dia mula bertindak sebagai hero dengan berani menyalurkan maklumat diplomatik penting untuk ditatap satu dunia atas nama whistleblower!

Kewujudan elemen perang saraf dipercayai didalangi Israel ada di sebalik semua yang berlaku sekarang. Dasar Israel untuk melihat semua keadaan di dunia menjadi kacau bilau dan cacamarba sebelum melakukan sesuatu tindakan yang 'besar' memang ada jika disoroti apa yang sedang dilakukan oleh Assange menerusi Wikileaks.

Perang saraf dengan melemahkan kepercayaan sesama negara di dunia, membangkitkan keraguan dan perasaan bimbang sesama negara berjiran terutama di kalangan negara Islam, adalah asas kepada pengukuhan Israel untuk menjadi lebih kuat tanpa disedari banyak pihak.

Asas utama Israel mula memainkan jarum menerusi tindakan Wikileaks adalah kebimbangannya yang amat sangat terhadap Iran. Kedua, kerisauan terhadap hala tuju Obama mengenai dasar menyokong Israel oleh Amerika Syarikat.

Dengan perkataan mudah, Israel mempunyai dua hasrat serentak. Pertama menghancurkan kuasa nuklear di Iran dan kedua berhajat memastikan Obama digantikan orang lain yang lebih cekap dan memahami strategi masa depan Israel untuk menguasai dunia.

Jangan juga terkejut jika akhirnya nanti satu dunia tertipu, sebahagian daripada kawat diplomatik yang disebarkan oleh Wikileaks sebenarnya adalah palsu dan dicipta oleh diplomat Amerika yang berperanan sebagai ejen Israel dalam menjayakan misi pentingnya menerusi perang saraf ini.

Mereka yang memahami sedikit sebanyak mengenai sejarah perang saraf Israel tentu akan bertanya, siapa yang membiayai kos pembinaan beberapa pejabat Wikileaks dan kubu penyimpanan 'dokumen rahsia' yang diiktiraf sekebal kubu perlindungann bawah tanah untuk mangsa perang!

Mungkin belum terlambat untuk warga dunia tidak bercakar dulu hanya kerana permainan yang sedang menarik perhatian semua pihak kebelakangan ini.

Pemimpin negara berjiran juga wajar bersikap lebih rasional dan tidak menjadikan kawat diplomatik yang didedahkan oleh Wikileaks sebagai semuanya benar dan tulen. Wikileaks bukan dikendalikan oleh malaikat. Ia dikendalikan oleh manusia dan manusia itu hatinya hanya boleh dibaca oleh Tuhan.

Jangan kita terlalu mudah percaya melihat apa yang disuratkan oleh Julian Assange, sebaliknya cuba renung dan fikirkan sebentar kalau-kalau ada yang kita nampak sesuatu yang tersirat di sebalik tindakannya itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10