nuffnang ads

Sunday, December 12, 2010

MAYAT LELAKI DENGAN KESAN TEMBAKAN DITEMUI DI LEBUHRAYA KARAK

MAYAT seorang lelaki mempunyai dua kesan tembakan di kepala dan bahagian belakang badannya ditemui di KM46.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak kira-kira jam 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata mayat lelaki itu ditemui seorang pemandu bas sebaik sahaja dia turun daripada kenderaannya yang rosak untuk meminta bantuan pemandu yang lalu lalang.

Menurutnya, tiada pengenalan ditemui pada lelaki dipercayai dalam lingkungan 30-an itu kecuali tubuhnya bertatu gambar harimau di dada dan bahagian belakang. Ketika ditemui mayat itu berpakaian baju T.

Siasatan awal dipercayai lelaki itu warga tempatan dan dikatakan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di tepi lebuh raya itu berdasarkan tiada sebarang penemuan kelongsong senjata api di tempat mayat ditemui.

Sehubungan itu sesiapa yang mempunyai malumat diminta menghubungi IPD Bentong atau balai polis terdekat untuk membantu siasatan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10