Ditinggalkan di surau |
SELEPAS menoreh di bahagian kemaluan anak lelaki sulungnya berusia empat tahun dia meninggalkan kanak-kanak itu kepada saudara perempuannya di Seremban untuk dijaga.
Pada masa sama dia membawa seorang lagi anaknya yang berusia setahun lebih pulang ke kampung, di Kuala Pilah.
Bagaimanapun, dalam perjalanan pulang menaiki motosikal ayah durjana itu singgah di sebuah surau dan meninggalkan anak keduanya itu tanpa belas kasihan.
Dia kemudian terus pulang ke rumahnya di kampungnya tanpa rasa bersalah. Sementara itu isterinya sedang cuti berpantang selepas melahirkan anak ketiga di kampung keluarganya di Jempol sejak sembilan hari lalu.
Polis yang mendapat maklumat orang ramai segera menahan lelaki tidak bertanggungjawab itu di sebuah rumah di Kuala Pilah