nuffnang ads

Friday, December 10, 2010

UMNO TIDAK BOLEH SILAP KALI INI: SILAP BERTINDAK KEKALAHAN PALING MUAL AKAN MENIMPA

SEKADAR pandangan ikhlas. Mulai sekarang, kerajaan pimpinan BN yang diterajui UMNO jangan tersilap membuat sebarang tindakan. Sama ada tindakan berbentuk legal mahupun tindakan berkaitan dasar pentadbirannya, terutama melibatkan pemimpin atau ketua masyarakat.

Sensitiviti rakyat ketika ini telah mula memuncak. Sedikit terganggu oleh keputusan atau tindakan yang silap akan mencetuskan perasaan kurang senang kepada kerajaan. Sekali gus membuka ruang untuk mereka menjadi hakim yang pemarah menjelang pilihanraya.

Dijangkakan banyak tindakan akan berlaku selepas ini. Sama ada ia perlu atau wajar, tindakan itu mesti diperhalusi sehingga ke peringkat sekecil zarah supaya tidak ada perasaan ralat atau terkilan timbul selepas apa sahaja tindakan itu dilaksanakan. Namun, tiada sesiapa boleh menghalang kalau kerajaan memikirkan tindakan yang akan diambil amat wajar. Cuma risiko dan implikasinya akan menjadi penjawab.

Bergantung pada pandangan segelintir orang atau pemimpin dalam kerajaan untuk membuat keputusan atau tindakan, bukan satu pandangan yang cerdik. Sekarang bukan zaman bermain madah atau retorik tentang perjuangan atau falsafah. Sekarang adalah masa untuk mencari kemenangan. Kemenangan yang kerajaan mahu, harus dimulai dengan sifat tenang, lapang dan berhati-hati.

Sejarah pilihanraya 2008 yang yang ditulis atas kemarahan, air mata dan dukacita rakyat harus dijadikan teladan. Jangan silap membuat keputusan atau tindakan. Maknanya jaga tingkah laku dan kata-kata. Rakyat sedang memerhatikan! Rakyat tidak akan malu-malu menghukum di atas kesilapan yang berlaku.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10