nuffnang ads

Friday, December 10, 2010

PENDEDAHAN WIKILEAKS: KERABAT DIRAJA SAUDI ANJUR PESTA HALLOWEEN BAWAH TANAH, SIAP GANJA DAN PELACUR!

WIKILEAKS membocorkan satu lagi keboborokan keluarga Diraja Arab Saudi apabila mendedahkan kawat diplomatik yang dipetik daripada diplomat Amerika Syarikat mengenai kecanduan baru keluarga Diraja negara itu menganjurkan pesta seks dan narkotik.

 Pada satu pesta bawah tanah sempena menyambut Halloween tahun lalu, kerabat Raja Abdul Aziz dan keluarga kerabat Al-Thurayan, dikatakan menganjurkan pesta berkenaan dengan dihadiri 150 lelaki dan wanita pemuas seks.

Pejabat Konsulat Amerika Syarikat di Jeddah mendedahkan perkara itu kepada Wikileaks, turut mendedahkan tentang keboborkan keluarga Diraja negara itu mengambil dadah dan meniduri perempuan seperti orang gila.

Sepanjang pesta itu berlangsung, dadah dan minuman keras disajikan melimpah ruah. Pelayan bar pula disewa daripada gadis Filipina yang masih muda. Selain bertugas menyajikan koktel, pelayan bar turut menjadi perempuan pemuas seks.

Pesta hiburan yang amat mewah itu didedahkan Wikileaks, dilaporkan turut mendapat perlindungan daripada kerabat Diraja dan dijalankan siap dengan pengawal yang bertugas sepenuh masa mengawal kawasan pesta daripada dihidu orang luar.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10