nuffnang ads

Friday, December 10, 2010

KUALA TERENGGANU: IBU DAN ANAK PEREMPUAN RENTUNG DALAM KEBAKARAN MALAM TADI

SEORANG ibu dan anak perempuannya rentung, apabila rumah kedai yang mereka sewa terbakar dalam satu kejadian di Kampung Batu Enam, Manir, Kuala Terengganu kira-kira jam 11 malam tadi.

Mayat Nor Laila Yaacob, 41, dan anak perempuannya, Nor Hidayu Kauzi, 19, ditemui di dalam bilik tidur mereka, dipercayai gagal menyelamatkan diri.

Dua beranak itu menyewa rumah kedai berkenaan untuk menjalankan perniagaan dobi. Mereka berasal dari Kubang Kerian Kelantan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Fauzi Muda, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu jam 11.32 malam dan segera menghantar pasukan untuk memadam dan menjalankann kerja menyelamat.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa gagal diselamatkan dipercayai terperangkap dalam kebakaran itu sebelum kehadiran pasukan bomba.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10