nuffnang ads

Saturday, December 18, 2010

TERKINI PEMBUNUHAN SITI MASNI ABDUL RAHMAN: MANGSA HANTAR SMS BERITAHU AKAN DIBUNUH

MANGSA bunuh, Siti Masni Abdul Rahman, 14, yang mayatnya ditemui di kebun kelapa sawit di Batu Pahat hari ini, sempat menghantar SMS kepada rakannya memberitahu yang dia akan dibunuh.

Namun, kerana ketiadaan maklumat lokasi dia berada, usaha mengesan mangsa, gagal dilakukan. Nenek mangsa, Maliah Idris memberitahu, cucunya itu ada menghantar SMS kepada kawannya yang berbunyi: "Kakak nak kena bunuh ni!"

Siti Masni pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Tengku Putra, Batu Pahat dilaporkan hilang sewaktu bertemu rakannya Selasa lalu. Satu laporan polis dibuat sejurus dia dilaporkan hilang.

Mayatnya ditemui hari ini selepas seorang remaja berusia 15 tahun membuat laporan polis mendakwa dia ada menyaksikan satu kes pembunuhan. Bertindak atas laporan itu, polis menahan remaja terbabit sebelum menahan seorang lagi remaja berusia 16 tahun.

Maklumat yang diperolehi daripada remaja 16 tahun itu membawa penemuan mayat Siti Masni. Siasatan awal polis mendapati Siti Masni dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diheret lebih 50 meter dan ditutup dengan pelepah kelapa sawit.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Batu Pahat dan akan dikebumikan malam ini Kampung Parit Ju Darat, Batu Pahat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10