Ibu saudara bermimpi tiga malam berturut-turut, allahyarham bergelut dengan lelaki |
Hari ini mimpi itu menjadi tragedi apabila mayat Siti Masni ditemui ditutup dengan pelepah kelapa sawit dipercayai dibunuh oleh kenalan lelakinya.
Mayat Masni yang mempunyai satu kesan tikaman di dada ditemui selepas polis menahan seorang remaja 15 tahun yang mendakwa melihat sau kes pembunuhan. Ekoran itu seorang lagi remaja berusia 16 tahun ditahan.
Menurut Arina, dalam mimpi yang dialaminya itu memang jelas wajah anak saudaranya itu begitu payah sedang bergelut dengan lelaki.
Katanya, mimpi itu rupanya menjadi kenyataan dan amat sukar untuk diterimanya, apatah lagi pembunuh Siti Masni dikatakan mengheret mayat itu sejauh 50 meter untuk disorok di bawah pelepah kepala.
Dua remaja yang terbabit kini masih ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.