nuffnang ads

Saturday, December 18, 2010

TERKINI: BUAYA MENGGANAS DI SUNGAI SAMARAHAN: DIPERCAYAI BAHAM PENJALA UDANG

Sidi Samat, 66, dipercayai dibaham buaya di Sungai Samarahan ketika menjala udang pagi tadi-SUD

SELEPAS 17 tahun tidak diganggu buaya, penduduk di sekitar Sungai Samarahan, digemparkan dengan berita seorang lelaki tua, Sidi Samat, 66, yang dilaporkan dibaham buaya pagi tadi ketika sedang menjala udang.

Kehilangan Sidi disedari anaknya, Musa, yang berkata ayahnya menjala udang di sungai yang terletak kira-kira 25 meter dari rumahnya, awal pagi tadi.

Pada jam 11 pagi, penduduk terlihat seekor buaya kira-kira 6 meter timbul dan berkeliaran di kawasan Sidi dilaporkan hilang. Selepas pelbagai usaha mencari dilakukan gagal, penduduk melaporkan kejadian itu kepada polis.

Pada tahun 1993, seorang kanak-kanak dibaham buaya di sungai itu ketika dia sedang bersama ayahnya menjala udang.

Gerakan mencari sedang dilakukan oleh polis dan beberapa agensi berkuasa dibantu beberapa kumpulan penduduk kampung.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10