nuffnang ads

Saturday, December 11, 2010

TERKINI KES SITI MARYAM 14 TAHUN BERKAHWIN: PESIDEN PERSATUAN PEGUAM MUSLIM, MINTA SHARIZAT TELITI SEMULA HUKUM SYARAK.

SITI MARYAM ADA DI DALAM GAMBAR INI...doakan kebahagiaan rumahtangganya. Yang perlu Shahrizat fikir ialah puluhan ribu remaja bawah umur yang terjebak dalam gejala sosial, termasuk melakukan hubungan seks luar nikah!

MEMANG sah, kenyataan Sharizat Jalil yang mengkritik perkahwinan Siti Maryam Mahmood, 14, dengan suaminya seorang guru berusia 23 tahun minggu lalu, bagai membuka pekung sendiri. Tidak cukup, kenyataan Sharizat itu bagai menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.

Selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Aziz yang membuat kenyataan menolak cadangan Sharizat untuk mengharamkan perkahwinan di bawah umur, semalam nada serupa dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar.

Menurut Zainul Rijal, kemaslahatan wanita bawah umur yang berkahwin pasti akan terjaga dengan wujudnya Seksyen 8, Akta Undang-Undang Keluarga islam 1984. Ia katanya, berbeza dengan pandangan Sharizat yang mendesak supaya perkahwinan di bawah umur ini diharamkan sepenuhnya.

Malah Zainul menggesa Sharizat supaya perlu meneliti kembali peruntukan hukum syarak dan tidak sewenang-wenangnya membuat gesaan yang bertentangan dengan undang-undang Islam.

Sharizat sebelum ini dengan lantang menyatakan bahawa kerajaan tidak menyokong amalan perkahwinan di bawah umur, manakala beberapa kumpulan aktivis pula meminta undang-undang itu dipinda.

Demikian Sharizat cuba memancing di laut dalam, sedangkan kail panjang sejengkal. Hal berkaitan agama tidak semudah menyarung tudung di kepala!

Dalam keadaan negara dipenuhi dengan gejala sosial khususnya membabitkan golongan remaja bawah umur yang gemar dan seronok melakukan hubungan seks haram, Sharizat boleh melupakan yang mana utama dan yang mana mesti dibiarkan kepada orang lain menentukannya.

WAKE UP!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10