nuffnang ads

Saturday, December 11, 2010

REMAJA LELAKI 15 TAHUN DIBELASAH SEHINGGA 60 JAHITAN DI KEPALA: BERKURUNG DENGAN ANAK DARA ORANG SEHINGGA 2 PAGI DI RUMAH. BUAT APA SAMPAI KE SUBUH?

Dapat 60 jahitan dibelasah bapa teman wanita selepas ditemui ada di rumah sehingga jam 2 pagi.

SI BAPA mangsa dakwa anaknya dibelasah teruk. Dia membuat laporan polis. Namun hakikat yag tidak boleh ditolak ialah remaja lelaki 15 tahun itu berkurung di rumah seorang remaja perempuan juga berusia 15 tahun, di Johor sehingga menimbulkan kemarahan ayah si gadis.

Akibatnya dia dibelasah teruk sehingga menerima 60 jahitan di kepala. Tentu ada sebabnya seorang ayah memukul remaja berusia 15 tahun yang juga teman anak daranya sehingga begitu teruk. Lihatlah gambar. Kecederaan dialami mungkin bersebab.

Walaupun remaja itu mendakwa teman wanitanya yang berusia 15 tahun mengajaknya datang ke rumah, apakah wajar mereka berkurung di rumah sehingga dua pagi. Buat apa? Sharizat Jalil mungkin boleh tolong tengokkan masalah sebegini. Mungkin Sharizat ada idea untuk atasi masalah sebegini daripada berlaku.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10