nuffnang ads

Saturday, December 11, 2010

TAHNIAH AZNIL: JANGAN LUPA LIRIK GAMESHOW TERBAIK ASIA

PROGRAM permainan berkonsepkan ingatan kepada seni kata lagu, JANGAN LUPA LIRIK musim ketiga yang dihoskan oleh Aznil Nawawi dipilih sebagai program terbaik Program Gameshow , di Anugerah Televisyen Asia yang yang diadakan di Singapura, malam kelmarin.

Dalam anugerah itu, Jangan Lupa Lirik, bersaing dengan gameshow dari negara lain seperti Talk' boutYour Generation (Hong Kong), Take Him Out (Indonesia), Yok Siam 10 Kor (Thailand), The Chinese Challenge Grand Final (Singapura) dan Game On (Singapura).

Mengulas kemenangan itu, Aznil yang mendapat tahu perkhabaran gembira itu menerusi SMS penerbit rancangan berkenaan, menyifatkan ia sebagai hadiah yang bermakna sempena ulang tahun ke 20 pembabitannya dalam bidang seni.

"Bagaimanapun kemenangan ini bukanlah untuk saya seorang tetapi juga adalah atas usaha semua yang terbabit dalam penerbitan ini," kata Aznil, dihubungi Berita Harian semalam.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10