nuffnang ads

Saturday, December 11, 2010

BERGAMBAR: 250 TERMASUK 30 POLIS CEDERA, PENONTON BOLA SEPAK BERTEMPUR DI JORDAN

Yang cedera diberi rawatan...
Menangis...sebelum bergaduh tak ingat!
LEBIH 250 penyokong dua kelab bola sepak termasuk 30 anggpota polis cedera apabila mereka bertempur sesama sendiri, petang Jumaat menggunakan pelbagai objek termasuk batu dan kerusi selepas perlawanan di antara kelab Al-Wehdat dan Al-Feisali berakhir.

Sebahagian penyokong yang telah berada di luar stadium dikatakan membaling batu ke arah penyokong kelab lawan, menyebabkan penyokong di dalam stadium menyerbu untuk bertindak balas. Bagaimanapun, tindakan itu mengundang padah apabila sebahagian struktur stadium runtuh.

Polis yang cuba meleraikan pergaduhan bagaimana turut terkena tempias apabila diserang oleh penyokong kedua-dua kelab berkenaan. Perlawanan itu dimenangi oleh kelab Al-Wehdat dengan kemenangan 1-0.

Walaupun sebahagian yang cedera dilaporkan parah, namun belum ada angka kematian dilaporkan setakat ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10