SELEPAS lebih setahun merahsiakan hubungan cinta, akhirnya anggota kumpulan Sepah yang juga juara Raja Lawak musim ketiga, Shamira Muhamamd, atau Shuib, 26, mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 26 pada 16 November lalu di Kuala Selangor.
Shuib memaklumkan, pertunangan itu terpaksa dirahsiakan atas permintaan Siti Sarah kerana bimbang pertunangan kali kedua itu juga menerima nasib seperti pertunangan kali pertamanya.
Bagaimanapun, Shuib menafikan pernikahan mereka akan berlangsung pada Januari depan kerana ketika itu mereka masih sibuk dengan jadual kerja masing-masing.
Kedua-duanya mula berkenalan sejak dua tahun lalu sewaktu mereka bersama-sama menjayakan penggambaran sitcon Gelak Khas.