nuffnang ads

Sunday, December 26, 2010

SKANDAL PENYELEWENGAN SUKAN KOMANWEL RM6 BILION: RUMAH DAN PEJABAT KETUA PENGANJUR SUKAN ITU DISERBU

KERAJAAN India, minggu ini melancarkan siasatan besar-besaran terhadap pembongkaran di atas satu skandal membabitkan penyelewengan lebih RM6 bilion yang dipercayai didalangi Ketua Penganjur bersama beberapa kroninya dalam Sukan Komanwel yang berlangsung di New Delhi baru-baru ini.

Semalam, Ketua Penganjur sukan itu, Suresh Kalmadi yang juga Setiausaha Parti Kongres yang memerintah ditahan bersama setiausaha peribadinya, Manoj Bhore. Turut diberkas ialah Ketua Pengarah Sukan Komanwel T S Darbari dan timbalannya, Sanjay Mohindroo.

Rumah dan pejabat Suresh serta Manoj diserbu Biro Siasatan Pusat India (CBI) semalam. Semua bahan bukti termasuk dokumen dirampas di rumah Suresh di Bheema dan pejabatnya di Lower Parel, Mumbai. Rumah dan pejabat Manoj di Bhore dan Pune juga diserbu.

Awal bulan ini, Ketua Polis India menghantar surat kepada Perdana Menteri, Manmohan Singh, meminta Suresh dipecat kerana dia didakwa turut menghalang pihak berkuasa melakukan siasatan ke atas kes penyelewengan yang turut mendapat kritikan antarabangsa, sebelumnya.

Bertindak daripada banyak aduan dan laporan, Manmohan menubuhkan sebuah panel siasatan sebaik sahaja sukan itu berakhir.

Sukan Komanwel New Delhi disifatkan antarabangsa sebagai antara sukan komanwel terburuk pernah dianjurkan apabila berlaku terlalu banyak masalah sehingga menyebabkan ada negara mengugut membuat keputusan untuk menarik diri.

Difahamkan, penyelewengan yang dilakukan oleh Suresh dan kroninya mula dikesan apabila kos penganjuran itu meningkat berkali ganda kepada RM16 bilion manakala kemudahan infrastrukturnya pula bertaraf sukan sekolah!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10