nuffnang ads

Sunday, December 26, 2010

BANTING: POLIS BANTUAN LEMAS, BOT RONDA DINAIKI TERBALIK

SEORANG anggota polis bantuan yang bertugas di sebuah kilang besi di Kuala Langat, Selangor dikhuatiri lemas apabila bot dinaikinya terbalik dan karam dirempuh arus deras di Sungai Langat, berdekatan Kampung Labuhan Dagang, jam 6 pagi semalam.

Ketika kejadian, Mohd Shazli Junoh, 21, menaiki bot bersama rakan sekerjanya, Hairizal Abu Samah, 30, menjalankan rondaan apabila bot itu karam. Hairizal berjaya berenang ke tebing, manakala Mohd Shazli terus dibawa arus.

Hairizal membuat laporan polis jam 7 pagi semalam dan serentak itu gerakan mencari dilakukan namun terpaksa dihentikan jam 7 petang semalam akibat cuaca gelap.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Banting, Ahmad Fadilah Tahir, berkata gerakan terus dilakukan sebaik sahaja pihaknya dimaklumkan tentang tragedi itu.

Gerakan menyelamat disambung semula awal pagi ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10