Hanya ini yang tinggal, sebahagian lagi dibaham jerung. Namun Tania Rogers masih mampu memenangi pertandingan memancing disertainya-NZherald |
SEORANG peserta pertandingan memancing tidak menyangka, walaupun hanya bahagian kepala ikan sahaja yang tinggal, dia masih berjaya memenangi pertandingan memancing bulan di Pulau Hauraki Gulf, baru-baru ini.
Ikan yang berjaya dipancing Tania Rogers, 46, itu sebahagian badannya dibaham seekor jerung ketika dia sedang berhempas pulas menaikkan tangkapannya.
Namun Tania berpuas hati walaupun separuh tangkapannya dibaham jerung baki ikan yang tinggal mempunyai berat 5 kilogram dan dia dinobat sebagai pemenang!