nuffnang ads

Sunday, December 12, 2010

SITI MARYAM, SUAMI, ABDUL MANAN OTHMAN DAN IBU, SITI HAWA KASSIM JAWAB KRITIKAN TENTANG PERKAHWINAN MUDA

SITI Maryam Mahmod, 14 yang baru sahaja bernikah dengan suaminya, Abdul Manan Othman, 23, serta ibunya, Siti Hawa Kassim, 40, memberi pandangan panjang lebar mereka tentang perkahwinan mereka yang baru-baru ini mendapat banyak kritikan, terutama daripada Sharizat Jalil.

Tahniah MStar kerana berjaya melaporkan sesuatu yang amat berguna untuk dijadikan renungan semua pihak di negara ini. Syabas.

Kata Siti Maryam, perkahwinan itu hak individu dan dirinya telah bersedia untuk menjadi seorang isteri dan memikul tugas serta komitmen sebagai seorang isteri walaupun dipertikaikan orang tentang usia mudanya.

Dalam perkahwinan juga kata Siti Maryam tiada paksaan dan tiada isu sebenarnya yang dia dipaksa untuk menjadi dewasa menerusi perkahwinan itu.

KATA suaminya Abdul Manan Othman pula, perkahwinan mereka sepatutnya tidak dijadikan isu. Malah katanya tidak baik dan kurang berhemah perkahwinan itu dipertikaikan kerana apa yang mereka lakukan adalah satu perkara yang bukannya haram atau berdosa.

Perkahwinan mereka kata Abdul Manan satu perkara yang halal. Malah katanya lagi, ketia dia berkahwin dengan isterinya yang berusia 14 tahun itu, ada lagi kes mereka yang sebaya dengan isterinya mengandung di luar nikah dan amat perlu diberi perhatian.

IBU Siti Maryam, Siti Hawa Kassim, 40 pula berpendapat ke arah yang positif dan perlu dilihat oleh masyarakat dan pelbagai pihak sebagai renungan. Secara jujur dia berkata, dia telah melakukan solat istikhorah untuk mendapatkan petunjuk Allah sebelum membenarkan perkahwinan itu.

Malah katanya, anaknya, Siti Maryam sudah akil baligh dan selama ini telah diberi pendidikan agama. Malah dia sebagai ibu turut memberi pelbagai nasihat dan pandangan berguna agar perkahwinan itu terus kekal bahagia.

Semoga pihak yang mepertikaikan perkahwinan ini membaca laporan MStar yang lebih terperinci agar tidak terpesong memberi pendapat sehingga boleh dianggap masyarakat sebagai pandangan yang kalut dan tidak berpijak pada asas agama.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10