nuffnang ads
Sunday, December 12, 2010
RAMAI LELAKI MINAT MENYUNTING ISTERI KEDUA TAN SRI ROZALI ISMAIL
BUKAN sesuatu yang mengejutkan. Rupanya banyak lelaki berminat untuk memperisterikan Casandra, isteri kedua Pengerusi Eskekutif SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail, sebaik sahaja mengetahui dia memohon bercerai baru-baru ini.
Dalam sembang maya dan di luar maya, banyak lelaki berkata, mereka tertawan dengan raut wajah Casandra dan jika benar dia telah berjaya mendapat 'pelepasan' daripada suaminya di mahkamah dan tamat tempoh edahnya, musim buruan akan bermula.
Paling lucu ada lelaki yang memberi alasan kasihan kerana seorang wanita seperti Casandra kasihan dibiarkan andai bersendirian tanpa lelaki di sisinya. Kasihan, kata mereka. Ada rupa dan ada pendidikan, menjadi antara faktor lain kenapa sesetengah lelaki dikatakan sabar menunggu kalau-kalau permohonan mereka nanti dipertimbangkan dan dipanggil untuk proses temuduga sekaligus berjaya menjawat jawatan suami baru kepada wanita yang cantik itu.
Apa pun semuanya bergantung kepada keputusan mahkamah.