nuffnang ads

Sunday, December 12, 2010

LAPORAN TERKINI: ENAM TERSESAT DI GUNUNG CABANG, PERAK

SEKUMPULAN enam pendaki, termasuk dua wanita dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Cabang, di Perak semalam.

Satu laporan polis dibuat kira-kira jam 11 malam tadi berhubung kejadian itu. Polis yang menerima laporan itu terus menjalankan gerakan menyelamat bagi mengesan kesemua yang hilang atau tersesat itu.

Awal pagi ini, jurucakap polis mengesahkan mereka berjaya menghubungi menerusi telefon bimbit, salah seorang mangsa yang hilang itu.

Polis dimaklumkan, mereka berada di puncak gunung berkenaan tetapi kehilangan arah terutama selepas dua daripada mereka dikatakan tercedera dan kehabisan bahan makanan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10