Salah seorang wanita China ditahan (ada lesung pipit), dibawa ke balai polis kerana terbabit dalam menjual pertaruhan 4D haram -gambar: SUD |
SUDAHLAH membuat kerja haram dan salah, perbuatan itu dilakukan pula hanya beberapa meter di belakang balai polis. Perbuatan itu seperti sengaja mencucuk mata atau sengaja menjolok sarang tebuan!
Akibatnya, dua wanita warganegara China, diberkas apabila terbabit menjual pertaruhan 4D haram di sebuah rumah di belakang bangunan balai polis di Sibu.
Dalam serbuan jam 3.30 petang semalam, kedua-dua wanita terbabit tidak meyedari pasukan polis membuat serbuan kerana kedua-duanya leka mencatat sesuatu pada kertas pertaruhan.
Siasatan awal mendapati salah seorang wanita terbabit memiliki permit kerja yang akan tamat tempoh Oktober depan, manakala seorang lagi tamat bulan depan.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas komputer bimbit, buku catatan pertaruhan 4D, wang US$100 dan telefon bimbit.