SATU lagi nahas mengorbankan nyawa berlaku di Lebuhraya Utara Selatan, berdekatan Pagoh, Johor hari ini mengorbankan tiga nyawa lelaki Melayu.
Dalam kejadian 10.30 pagi tadi, sebuah kereta jenis Toyota Vios, dinaiki ketiga-tiga mangsa dikatakan terbabas lalu terhumban ke dalam sebuah gaung sedalam 20 meter berdekatan KM124, lebuhraya berkenaan.
Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Sulaiman Besah @Kitam, 46, dari Ampang, Selangor. Mohd Ranoorsyam Abdul Razak, 27, dari Tumpat, Kelantan dan Mohd Fu'at Ahmad dari Petaling Jaya, Selangor.