SELANGOR mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia pada semua ikan di papan tanda di seluruh negeri itu kerana ia bermotifkan politik dan sekaligus bertentangan dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan yang melarang mempamerkan iklan yang berbau politik.
Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu, berkata logo 1Malaysia adalah permainan politik Barisan Nasional (BN) untuk meraihkan sokongan politik dan penggunaannya diharamkan kerana bertentangan dengan undang-undang termaktub, kecuali pada masa tertentu seperti ketika berlangsungnya kempen pilihanraya.
Kerajaan pembangkang PKR, DAP, PAS katanya tidak memaparkan logo politik mereka pada papan tanda iklan di negeri itu kerana mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada.
Cerdik...cerdik..