GUE sudah bilang awasin pemain bernama Mohamad Safee Sali itu. Usah kasi dia bebas. Jangan ngundang bahaya kerna pemain itu bisa menghantar Indonesia pulang nangis.
Satu lagi gue sudah bilang awasin pemain bernama Norsharul Idlan Talaha. Demikian peringatan keras jurulatih dan pengurus pasukan Indonesia kepada pemainnya menjelang perlawanan akhir pertama bola sepak piala Suzuki AFF di Stadium Bukit Jalil, Ahad ini.
Kebimbangan terhadap ketangkasan Mohamad Safee dan Norshahrul menjadi bual utama di kalangan pengurusan sepak bola Indonesia yag dilaporkan media di negara itu, sejak semalam.
Malah video permainan di antara Malaysia dan Vietnam yang ditonton untuk menilai kekuatan Malaysia dikatakan bagai hantu galah yang menyeramkan pengurusan pasukan sepak bola negara jiran berkenaan.
Kelincahan Mohamad Safee terutama ketika dia menjaringkan gol menerusi tandukan bergaya ketika menjaringkan gol menentang Vietnam menjadikan pasukan Indonesia kembali takut kepada bayang-bayang selepas pasukan itu berjaya menumpaskan Malaysia 5-1 pada perlawanan pembukaan.
Kepada pasukan Malaysia, usah bimbang dan risau. Anda tak perlu majun dan batik untuk menang. Anda hanya perlukan semangat untuk berjaya.