nuffnang ads

Thursday, December 23, 2010

SAMAN UNCLE SEEKERS: SITI AISHAH DAPAT INJUNKSI LANJUTAN

MAHKAMAH Tinggi Temerloh, semalam membenarkan perintah injunksi lanjutan melarang Syed Abdullah Syed Hussein atau lebih dikenali Uncle Seekers dan bapanya, Syed Hussein Al-Attas daripada menyebar atau menerbitkan sebarang maklumat mengenai rawatan sama ada lisan atau bertulis dalam blog, majalah, akhbar, buku, laman web atau risalah terhadap bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman.

Hakim Prasad Abraham membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas mendengar interparte dan menetapkan 27 Januari tahun depan sebagai tarikh pengurusan kes. Siti Aishah diwakili T Gunaseelan, Anthony M Sebastian dan Ikmal Hisam Idris.

Peguam T Gunaseelan berkata, keputusan itu turut membolehkan mahkamah memberi masa kepada Jabatan Insolvensi melantik peguam bagi  defendan pertama (uncle seekers) kerana dia sudah diistyiharkan muflis.

"Defendan kedua iaitu Syed Hussein juga diarahkan mahkamah untuk melantik peguam bagi kes berkenaan," katanya.

Berdasarkan penyata tuntutan, Siti Aishah mendakwa pada Jun lalu, beliau ada meminta bantuan Syed Abdullah untuk membantunya menangani masalah emosi yang dihadapi selepas lelaki itu memaklumkan boleh mengubati dan menjalankan kaunseling.

Selepas membuat persetujuan, plantif bersetuju menjalani rawatan itu dengan bayaran RM15,000. Bagaimanapun, Siti Aishah menamatkan rawatannya selepas berlaku perselisihan faham dengan defendan pertama.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10