nuffnang ads

Tuesday, December 14, 2010

SEBUTAN SEMULA KES HAKIM DITANGKAP KHALWAT 31 JANUARI DEPAN

MAHKAMAH Rendah Syariah Timur Laut, Pulau Pinang telah menetapkan 31 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes khalwat membabitkan seorang hakim di mahkamah syariah yang ditangkap bersama pasangan wanitanya yang berusia 30-an 5 Disember lalu.

Pasangan berkenaan turut hadir di mahkamah jam 9 pagi. Kes itu didaftarkan dan dibaca di depan hakim, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya. Kedua-dua tertuduh diwakili oleh Ahmad Munawir bd Aziz dan Wan Faridulhadi Md Yusof.

Munawir dalam prosiding semalam memaklumkan tentang kenyataan anak guamnya yang mengaku telah berkahwin di luar negara ketika tangkapan itu dilakukan. Satu surat akuan pengesahan perkahwinan itu juga disertakan.

Mereka dibebaskan dengan jaminan bon RM3,000. Pendakwaan kes itu dilakukan oleh Muhamad Zulhairi Aziz. Mereka ditangkap penguatkuasa jabatan agama pada 5 Mei lalu kira-kira jam 5 pagi selepas menerima maklumat daripada orang ramai.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10