nuffnang ads

Tuesday, December 14, 2010

CERITA SEKS DI DUA PUSAT TUISYEN DI JOHOR BAHRU

CERITA PERTAMA

Polis sedang menyiasat laporan polis dibuat oleh seorang kerani di sebuah pusat tuisyen di Bandar Seri Alam, Johor Bahru, berhubung dakwaan dia dicabul oleh majikannya malam Sabtu lalu.

Kerani wanita berusia 33 tahun itu membuat laporan polis di Balai Polis Seri Alam mendakwa majikannya memeluk dan meramas payudaranya dalam kejadian itu.

Majikannya dikatakan memberitahu mangsa "Saya Suka Awak" ketika melakukan perbuatann itu. Difahamkan, majikannya memang tergiur dengan bentuk tubuh mangsa sejak sekian lama.

Dia yang terkejut dengan kejadian itu bertindak melarikan diri dari pusat tuisyen berkenaan dan membuat laporan keesokannya.

 CERITA KEDUA

Polis menahan seorang guru tuisyen di sebuah rumah di Skudai jam 11 pagi semalam atas dakwaan melakukan hubungan seks luar tabie ke atas seorang pelajar lelakinya yang berusia 17 tahun.

Tangkapan dilakukan polis selepas ayah mangsa membuat laporan mendakwa anaknya sering diperlakukan di luar kewajaran sejak mengikuti kelas di pusat tuisyen berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Utara, Superintendan Mohd Akhir Ishak, mengesahkan. Katanya, mangsa telah mengenali guru terbabit sejak empat tahun lalu.

Suspek akan didakwa kerana melakukan hubungan seks luar tabie dan jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara di antara 5 dan 20 tahun dan sebatan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10