SEORANG guru lelaki yang baru sahaja bernikah Sabtu lalu, maut apabila terkena renjatan elektrik ketika cuba menukar mentol lampu di rumah keluarganya di Kampung Parit Pinang Seribu Muar.
Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan elektrik dipercayai masih mengalir mengakibatkan mangsa,Shahrizal Salleh, 30, terkena renjatan dan rebah. Dia cuba dibantu ahli keluarganya tetapi gagal.
Polis yang dihubungi membawa mangsa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, tetapi disahkan telah meninggal duna.
Sharizal mengajar di salah sebuah sekolah di Muar dan mengahwini pasangannya yang juga tinggal berdekatan. Keluarga mangsa gagal ditemuramah kerana terlalu sedih dengan kejadian itu.