nuffnang ads

Wednesday, December 22, 2010

RUMAH DAN PEJABAT N PATHMANABHAN, SUSPEK BUNUH SOSILAWATI DISITA

POLIS mendapat perintah mahkamah untuk menyita seunit rumah dan seunit bangunan pejabat milik N Pathmanabhan bekas peguam yang dituduh membunuh Datuk Sosilawati dan tiga yang lain, berkuatkuasa 16 Disember lepas.

PDRM dalam satu kenyataan berkata, perintah yang diperolehi oleh Pasukan Petugas Khas Operasi/Anti Keganasan itu bagi membolehkan siasatan dibuat berhubung satu laporan polis di balai Teluk Panglima Garang, membabitkan kes penggubahan wang haram.

Menurut kenyataan itu lagi, Timbalan Pendakwaraya telah memutuskan untuk melaksanakan tindakan penyitaan terhadap sebuah rumah teres dua tingkat dan satu unit bangunan pejabat tiga tingkat yang kedua-duanya terletak di Banting, Selangor.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10