nuffnang ads

Wednesday, December 22, 2010

KONSTABEL DITUDUH CABUL INSPEKTOR WANITA, DIBEBASKAN

SEORANG anggota polis berpangkat konstabel yang didakwa mencabul seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Majistret Aishah Hijriah Arshad membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Yusri Yusof.

Yusri, 35, didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas seorang Inspektor wanita berusia 21 tahun dengan niat mencabul di pejabatnya jam 5.35 petang pada 26 Mei tahun lalu.

Dia yang digantung tugas sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau sebatan atau mana-mana di antaranya.

Aishah ketika membuat keputusan berkata, mahkamah mendapati keterangan mangsa tidak konsisten ketika sepanjang perbicaraan.

"Terdapat percanggahan keterangan masa dan berdasarkan laporan polis dibuat, mangsa menyatakan dia dipeluk dari belakang dan cuba dicium di pipi kanan serta pahanya diusap dua hingga tiga kali.

 "Sebaliknya ketika pemeriksaan oleh pihak pendakwaan mangsa tidak dapat mengesahkan sama ada dia dipeluk atau bahunya dipegang oleh tertuduh"

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10