LAPORAN Bancian Perumahan dan Penduduk 2010 hari ini mendedahkan sedikit 'kegemparan' apabila jumlah lelaki di negara ini melebihi jumlah wanita.
Daripada sejumlah 27,565,821 penduduk negara ini yag direkodkan pada tahun 2010, sebanyak 14,112,667 adalah lelaki manakala 13,453,154 pula adalah wanita.
Jabatan Statistik Kebangsaan yang mengeluarkan laporan bancian itu turut mengesahkan Johor menjadi negeri paling ramai lelaki bernisbah wanita. Di negeri itu nisbah lelaki kepada wanita adalah 112:100 manakala nisbah lelaki terendah pula direkodkan di Putrajaya iaitu pada kadar 88 lelaki berbanding 100 wanita.
Bancian juga menunjukkan Selangor adalah negeri paling kaya dengan penduduk, iaitu seramai 5,411,324 orang atau bersamaan 19.63 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini.
p/s macam tak percaya pulak lelaki ramai dari wanita. Elaun pembanci pula sudah dibayar ke belum?