nuffnang ads

Friday, December 3, 2010

RAKYAT MALAYSIA DITAHAN KERANA SAMUN BERSENJATA DI SINGAPURA

SEORANG lelaki rakyat Malaysia ditahan di Singapura malam semalam kerana disyaki terbabit dalam dua kes samun bersenjata membabitkan dua warga emas di negara itu pada Isnin dan semalam.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan pihak berkuasa di Lorong 5, Toa Payoh. Turut ditemui padanya sebuah buku akaun bank milik salah seorang mangsa.

Suspek akan di dakwa di mahkamah esok. Dia juga akan dikenakan dakwaan tambahan kerana tinggal melebihi tempoh di Singapura dan didakwa mengikut Akta Imigresen.

Menurut polis Singapura, Isnin lalu seorang wanita warga emas berusia 60 tahun disamun beg tangannya oleh seorang lelaki. Dia kehilangan wang tunai S$50 dan sebuah telefon bimbit.

Sementara semalam pula seorang pemandu teksi yang berusia 57 tahun menjadi mangsa samun oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau di Blok 416, Ang Ko Mo Kio dan kerugian wang tunai S$180.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10