nuffnang ads

Saturday, December 4, 2010

REPLIKA PATUNG VENUS DE MILO YANG DIPERBUAT DARI NAJIS PANDA DIBELI BEKAS DUTA LEBIH RM100,000

Replika patung Venus de Milo diperbuat daripada najis panda ini dibeli bekas duta Switzerland ke China, Uli Sigg dengan harga lebih RM100,000.
BEKAS duta Switzerland ke China, Uli Sigg, membeli sebuah hasil seni berupa replika patung Venus de Milo yang diperbuat daripada najis panda yang dipamerkan di China dengan harga lebih RM100,000.

Uli yang kini ahli perniagaan dan juga pengumpul barang seni dan antik membeli replika patung itu ketika dipamerkan di sebuah muzium di wilayah Henan.
 
Replika berkenaan adalah hasil kerja kanak-kanak di wilayah Sichuan, tempat pembiakan panda paling popular di China dengan batuan seorang pengukir terkenal, Zhu Cheng.

Sejak replika itu dipamerkan, ribuan pengunjung tertarik dengan keunikannya kerana diperbuat daripada najis panda. Sesetengah pengunjung ketika mencium replika itu turut memuji baunya yang menusuk hidung.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10