nuffnang ads

Friday, December 3, 2010

PELAKON DRAMA ' ADA APA DENGAN CINTA ' DITAHAN LAGI MEMILIKI SYABU

Revaldo bertudung kepala sempat menunjukkan isyarat lucah

PELAKON drama Indonesia Ada Apa Dengan Cinta, Revaldo Fifaldi, ditangkap lagi kerana memiliki syabu melebihi berat 62 gram ketika berada di seberang jalan berdekatan balai polis, Selasa lalu.

Dia ditahan bersama dua rakannya dan penangkapan ini adalah kali kedua selepas dia ditahan pada 10 pril 2006 kerana kesalahan serupa. Revaldo dipenjara dua tahun dan dibebaskan pada tahun 2007.

Ketika dibawa masuk ke lokap balai polis, Revaldo sempat menunjukkan isyarat lucah dengan mengangkat jari tengahnya beberapa kali ke arah wartawan yang meghampirinya selain mengugut untuk bertindak balas jika ada sesiapa berani menarik sweater yang menutup mukanya.

Dalam perkembangan terbaru, tersebar berita hari ini di seluruh Indonesia kononnya Revaldo telah meninggal dunia di dalam lokap kerana mengambil dadah keterlaluan.

Pada masa yang sama, ada maklumat juga diterima mengatakan Revaldo adalah pembekal utama syabu kepada beberapa artis Indonesia dan polis dikatakan sedang menyiasat maklumat itu,

Jika sabit kesalahan, Revaldo akan dipenjarakan semula dan dia harus bertanya dirinya: "Apa Ada Dengan Cinta Syabumu?"

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10