nuffnang ads

Tuesday, December 14, 2010

RAKAM 200 GAMBAR CELAH PAHA DAN SELUAR DALAM WANITA: PENGURUS JUALAN DIPENJARA 9 BULAN

Soo Ee Hock merakamkan lebih 200 gambar celah paha dan seluar dalam wanita. Apa kata semua mangsa ambil gambar dia beramai-ramai...

SEORANG pengurus jualan yang mempunyai sifat suka menghayati keindahan celah paha dan seluar dalam wanita, dipenjara sembilan bulan selepas dia didapati bersalah merakam lebih 200 gambar celah paha dan seluar dalam wanita sejak tahun 2008 sehingga Mac tahun lalu.

Sepanjang tempoh itu, pelbagai jenis dan spesies wanita berjaya dirakam celah paha dan seluar dalamnya sama ada ketika wanita itu berada di depannya atau ketika wanita yang menjadi mangsa menaiki eskalator kompleks beli belah.

Soo Ee Hock, 35, melakukan perbuatan itu menggunakan kamera pen yang diubahsuai yang boleh merakamkan video dan dipasang pada beg komputer bimbit yang dibawanya ke hulur ke hilir. Gambar itu kemudian disimpan di dalam komputernya untuk ditatap bagi memenuhi ketagihan nafsunya yang melampau-lampau.

Namun pada 7 Julai 2009, Soo ditahan ketika sedang menjalankan 'projeknya' di Junction 8, Bishan Shopping Centre, Singapura.

Dua minggu lalu dia mengaku salah ketika didakwa di mahkamah, namun apabila hakim menjatuhkan hukuman penjara 9 bulan semalam, dia mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

Hakim Daerah, Lee Poh Choo, membenarkan permohonan rayuan Soo tetapi mengenakan jaminan sebanyak $20,000 dolar Singapura.

Sebelum membenarkan jaminan, hakim memberitahu bahawa Soo memang sedar dan tahu bahawa perbuatannya merakamkan celah paha dan seluar dalam wanita adalah satu kesalahan yang serius.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10