nuffnang ads

Tuesday, December 14, 2010

BUNUH DIRI DI MALAYSIA, 445 KES SEHINGGA OGOS: BENARKAH RAKYAT SEDANG MENDERITA?

Masalah keluarga antara punca. Apakah kita harus menutup mata untuk menangani masalah ini daripada terus berlaku? Apakah benar rakyat di bawah ramai yang sedang menderita? Jika benar apa yang akan dan telah kita lakukan? Kemajuan negara tidak harus dibenarkan membunuh kebahagiaan dan kemanusian insan!

PERBUATAN bunuh diri di dalam Islam adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima dan berdosa. Mungkin di atas faktor agama itulah, kebanyakan kes bunuh diri di negara ini peratusnya lebih tinggi di kalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Berdasarkan laporan media, sehingga Ogos tahun ini sahaja terdapat 445 kes bunuh diri yang dikesan berlaku di merata tempat di negara ini.

Sebahagian besarnya pula adalah lelaki dan tergolong dalam usia di antara 30 hingga 39 tahun. Walaupun punca kejadian disimpulkan sebagai satu kemahuan untuk tidak mahu meneruskan lagi kehidupan, namun faktor asas yang mendorong golongan ini melakukan bunuh diri lebih menjurus kepada dua faktor utama, ekonomi dan cinta!

Kegagalan dalam perniagaan dan berdepan hutang bertimbun selain dibelenggu masalah ketiadaan wang atau sumber pendapatan dikatakan menjadi antara punca utama mendorong golongan kurang iman ini melakukan perbuatan terkutuk itu.

Dalam beberapa kes bunuh diri yang dilaporkan media, ada di antara mangsanya dikatakan telah diistyiharkan muflis kerana gagal dalam perniagaan. Selain itu desakan kerana diburu oleh si pemberi hutang seperti along juga memburukkan lagi keadaan.

Masalah cinta, termasuk kegagalan dalam rumahtangga turut dilihat menjurus pelaku bunuh diri ini bertindak nekad. Sebagai contoh, sebulan lalu seorang suami yang ditinggalkan isterinya, menggantung dirinya di sebatang pokok kerana terlalu kecewa.

Namun masalah ini sepatutnya tidak dibiarkan menjadi masalah biasa atau dipikul oleh waris atau keluarga mangsa semata-mata. Kerajaan harus melihat kadar bunuh diri yang mulai meningkat ini sebagai satu masalah yang mesti diberi perhatian serius.

Apakah ketika kita melaung-laungkan tentang konsep memajukan negara dengan rakyat akan berpendapatan tinggi kita terlupa sebenarnya bahawa hakikatnya kehidupan rakyat adalah amat jauh daripada jangkaan atau bacaan pemimpin negara.

Rakyat di bawah sebenarnya sedang bergelut seribu satu masalah, terutama di segi tahap ekonomi yang merudum dan kacau ganggu di segi kebahagiaan hidup yang juga sudah tentu berpunca daripada masalah kewangan dihadapi oleh mangsa.

Perlu juga diingat bahawa berdasarkan laporan bunuh diri, kebanyakan lelaki yang terbabit adalah berusia di antara 30 dan 39 tahun. Usia lelaki sebegini secara amnya adalah mereka yang berada di dalam alam rumahtangga dan berperanan sebagai ketua sesebuah keluarga.

Jika ketua keluarga telah mengangkat bendera bendera putih untuk meneruskan kehidupan yang amat sengsara, bagaimana pula waris mereka, termasuk anak-anak dan isteri yang ditinggalkan. Haruskah kita lupa ini menjadi antara barah yang bakal menjadi epidemik meruntuhkan struktur pembinaan sesebuah negara pada masa depan!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10