nuffnang ads

Tuesday, December 14, 2010

MESYUARAT AGUNG BEKAS WARTAWAN BERITA HARIAN SABTU INI

Mesyuarat agung Persatuan Bekas Wartawan Berita Harian Malaysia ke-6 dan7 akan diadakan 18 Disember di Dewan Theatrette, Tingkat 5, Bangunan Lama, Balai Berita, Berita Harian, Bangsar.

Ketua 1 Persatuan, Dr Alias Mohamed berkata, semua ahli dijemput terutama bekas wartawan Berita Harian dan wartawan sambilan yang pernah berkhidmat dengan akhbar itu.

Mesyuarat akan dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif, Berita dan Jabatan Pengarang Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib.

Selain itu satu syarahan bertajuk "PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN KUASA RAJA-RAJA" akan disampaikan Professor Undang-Undang Awam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Aziz Bari.

Mesyuarat itu juga dalah sebagai persiapan awal untuk Kongres Antarabangsa Kewartawanan di Melaka, 13 MEI tahun depan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10